Jawatan Kosong 2013 di Perbadanan Bukit Bendera
Tarikh Akhir Permohonan: 30 Januari 2013
PEMOHON ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA KEUTAMAAN ANAK NEGERI PULAU PINANG YANG BERKELAYAKAN BAGI MENGISI JAWATAN DI PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG
1. Penolong Jurutera (Elektronik) GRED J29 ( 2 Kekosongan )
Syarat Lantikan
Warganegara Malaysia;
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
Mempunyai diploma dalam bidang kejuruteraan (Elektrik) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi – institusi pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan P1: RM 1,826.02)
Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan kerja – kerja elektrik yang merangkumi kerja – kerja pendawaian, pengawasan terhadap pelaksanaan sesuatu projek penyelenggaraan atau pembangunan Perbadanan yang berkaitan dengan perkakasan/peralatan elektrik serta menentukan kerja – kerja tersebut dilaksanakan dengan teratur.
Menerima tugasan yang diberikan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.
PEMOHONAN
Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi borang yang disediakan dan menyediakan butiran diri (resume) yang lengkap, dengan menyatakan kelayakan akademik, pengalaman bekerja dan salinan – salinan sijil berkaitan yang telah disahkan bersama-sama sekeping gambar terbaru bersaiz passport kepada :
PENGURUS BESAR
PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG
JALAN STESEN BUKIT BENDERA
AYER ITAM
11500 PULAU PINANG
(u.p ; Bahagian Khidmat Pengurusan)
No. Tel : 04-828880 No. Fax : 04-8288862
Tarikh Akhir Permohonan: 30 Januari 2013
Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.
Sila klik sini untuk muat turun borang permohonan.