Jawatan Kosong di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Jawatan Kosong di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Jawatan Kosong di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

1. Pegawai Undang-Undang L41
2. Jurutera J41
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
4. Pembantu Ehwal Ekonomi W17
5. Pembantu Akauntan W17
6. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17
7. Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N17
8. Penjaga Jentera Elektrik R17

TEMPOH PERCUBAAN
Semua lantikan ke jawatan seperti di atas dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun dan boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah lulus peperiksaan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan.

CARA MEMOHON:

(i) BAGI CALON-CALON LUAR LPP
(a) Permohonan dari calon-calon luar LPP (termasuk yang sedang berkhidmat dengan kerajaan) hendaklah dibuat melalui laman web Jobs Malaysia (Kementerian Sumber Manusia) di http://www.jobsMalaysia.gov.my
(b) Semua permohonan tidak perlu dicetak/dipos ke Lembaga Pertubuhan Peladang.

(ii) BAGI ANGGOTA LANTIKAN LPP
Permohonan dari kalangan “staff” LPP hendaklah menggunakan ‘Borang Permohonan Pekerjaan’ yang boleh didapati di laman web LPP (http://www.lpp.gov.my) dan disertakan salinan sijil-sijil akademik/transkrip, kad pengenalan (yang disahkan), penama untuk rujukan serta sekeping gambar berukuran passport dan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas penjuru kiri sampul surat. Pemohon tidak perlu mendaftar di laman web JobsMalaysia. Permohonan dihantar terus kepada:

KETUA PENGARAH,
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG,
MENARA LPP,
NO.20, JALAN SULTAN SALAHUDDIN, 50480 KUALA LUMPUR (u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)

Tarikh Akhir Permohonan: 31 Januari 2013

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2013 ini.

Leave a Reply



April 2024
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930